Kongres keempat Kongres_Bahasa_dan_Persuratan_Melayu

Kongres keempat KBPM ini telah diadakan pada 7 hingga 10 Disember 1984 di DBP, dengan tujuan untuk menilai prestasi pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan secara menyeluruh. Kongres ini ditaja secara bersama oleh 14 buah badan dan agensi yang terlibat dalam perjuangan bahasa seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), GAPENA, Persatuan Linguistik Malaysia, Persatuan Penterjemah Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan sebagainya.

Kongres yang berlangsung selama 4 hari ini juga dihadiri oleh perwakilan pelbagai pertubuhan dan orang perseorangan yang terdiri daripada para ahli dalam dalam pelbagai bidang keilmuan. Perwakilan dari negara-negara serautau khususnya dari Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand serta beberapa orang perseorangan dari negara asing turut hadir menjayakan kongres.

Sebanyak 13 buah kertas kerja telah diperbincangkan dan dikategorikan dalam beberapa kumpulan iaitu: Hasrat dan Cita-cita, Dasar dan pelaksanaan, Agensi, Hakikat yang Wujud di pelbagai bidang dan sektor serta Masa Hadapan.

Berikut adalah usul yang penting yang dibincangkan menerusi persidangan tersebut:

  • Untuk meningkatkan imej bahasa Melayu sebagai bahasa bagi semua bidang, penulis ilmiah hendaklah mengutamakan dan memperbanyakkan penulisan dalam bahasa Melayu.
  • Kegiatan menghasilkan buku tentang tatabahasa dan bahasa baku hendaklah ditingkatkan supaya masyarakat tidak menghadapi masalah kekeliruan bahasa. Kekurangan kamus istilah, misalnya hedaklah diisi dengan segera.
  • Usaha menterjemahkan karya ilmu ke dalam bahasa Melayu hendaklah digiatkan supaya tradisi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat diperkukuhkan.
  • Pindaan peruntukan tambahan hendaklah dibuat dalam mana-mana undang, akta dan peraturan bagi melicinkan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
  • Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah bertangungjawab juga mendorong kegiatan intelektual dan pembaharuan kebudayaan dalam bahasa Melayu disamping bertangungjawab bagi pembinaan dan perkembangan bahasa dan sastera Melayu.
  • Usaha penyebaran karya sastera antara negara berbahasa Melayu menstilah digiatkan dengan tulus ikhlas serta bersemangat tinggi dengan memecahkan halangan tembok pemisah antara peluhuran bahasa Melayu dengan ekonomi, politik dan lain-lain.
  • Sistem dan strategi pengedaran bahan bercetak hedaklah disusun utuh supaya bahan bacaan berbahasa Melayu dapat disebarkan seluas-luasnya.
  • Supaya bahasa Melayu dapat memenuhi fungsi intelektual, kesenian, kebudayaan dan ilmu pengetahuan, disarankan pertemuan lebih kerap dan kerjasama yang lebih erat antara cendekiawan, ahli bahasa, sasterawan, seniman dan budayawan negara-negara berbahasa Melayu dapat diperteguhkan.

Rujukan

WikiPedia: Kongres_Bahasa_dan_Persuratan_Melayu http://arkibattakiri.blogspot.com/2009/02/kesan-sa... http://kembarabahasa.blogspot.com/2011_10_01_archi... http://wwwdakabeblogpotcom.blogspot.com/2011/06/ko... http://melayuonline.com/ind/culture/dig/1817/kongg... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kongres... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://klikweb.dbp.my/?p=1416 http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1nov6.pdf http://plm.org.my/wrdp1/?page_id=197 http://pdffinder.net/Kongres-Bahasa-dan-Persuratan...